teruskanlah...

Thursday, July 31, 2008

My Baby..11 weeks

Hari isnin lepas, aku dan hubby pergi check up kat klinik and survey hospital....mula2 pergi check up kat panel jer manaler tahu tak sempat pergi hospital ker sebab masa tu pun dah kul 12...dr cek dan cakap kandungan aku dah 11 minggu..kalau nak di bandingkan kira perut aku masuk kategori kecik jugak ler..

Masa dr scan tu, baby dah gerak2...baru 3.8 cm..dah ada tangan dan kaki...alahai...comel..kecik jer..rasa sebak pulak rasa...husband masa tu aku tengok takde..ala frust aku..dia takut tak leh masuk rupanya..maklumler first time takut2 nak cakap kat dr...

Bila dah petang baru selamat survey hopital yang betul2 nak buat check up dan nak bersalin..kena goes prosuder lagi sekali and scan lagi sekali..kali ni hubby dapat tengok...tapi baby pulak tido kot..senyap jer..maklumler dah petang..mama dia pulak pagi2 dah muntah..tengah hari harap makan roti jer...so baby takder energy ler kot heheheh....

aku tengok hubby pun mcm hepi sangat..nanti aku nak tempek gambar scan baby aku...hehehe..untuk tatapan semua...

hubby, i love u so much...walauppun next appointment hubby maybe takde..tapi sokongan hubby buat sayang sayang hubby sangat..

Sunday, July 13, 2008

Sepi....

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Baby ..:)



aku sebenarnya tak sure aku pregnant berapa minggu..buat i guess 5-6 weeks ler...mungkin dah mcm ni agaknya..:)

Sepi Lagi

Semalam aku pergi tengok Sepi buat kali kedua..Sebenarnya memang aku dengan kakak teringin nak tengok for the second time..tapi semalam since ada banyak masa yang perlu dihabiskan, so kami decide berehat-rehat dalam cinema sambil tengok citer ni..

Since…citer ni dah lama di tayangkan, so aku nak citer part mana yang buat aku sedih dan sedih…

Masa tu Sufi (watak Tony Eusoff) bawa kereta..kat sebelah dia wife dia (play by Rozita Che Wan)….Sufi cakap kat wife dia nak cancelkan diorang punya percutian…wife dia nampak frust sangat… “mula2, sebulan, lepas tu setahun….” Dia mengeluh yang suami dia selalu tangguhkan…kerja lagi penting…Sufi cakap KITA KAN ADA BANYAK MASA….wife dia sabar jer…

Suddenly, ada kertas iklan melekat kat cermin kereta dioran….suddenly sebab terga nggu permandangan, sufi terlanggar seorang gadis dan kereta terbabas sikit…wife dia cedera sikit kat dahi, Sufi tanya wife dia ok? Wife menggangguk..Sufi cakap dia nak pergi tengok perempuan yang diorang dah langgar tu sekejap tinggalkan wife dia dalam kereta tu kejap…

Wife dia try nak buka sit bealt tapi stuck..suddenly kereta tu kena langgar dengan lori…Sufi terkejut dan tiba2 kereta tu meletup…wife dia dah mati!!!!...Sufi baru cakap KITA ADA BANYAK MASA!!!....

Sebanyak mana masa yang kita tahu kita ada sepanjang bersama dengan pasangan kita..selalu terlupa..selalu kata nanti….

Lepas since tu ada tunjuk anak Sufi, Sufi semuanya sepi tanpa wife sufi,,anak dia buat semua kerja sendiri, sedihnya….

Semoga kita semua sedar, sebanyak manalah sangat masa yang kita ada untuk tunjukkan sayang kita tu..kalau hari ni kita rasa rindu dia..luahkan..katakan cinta pada dia setiap hari…kalau kita tak kata hari ni, kita nak kata bila…esok?lusa? atau kita hanya berkata sendiri tanpa perlu dia ada lagi???

Friday, July 4, 2008

Sepi


Hari rabu lepas aku pergi menonton citer Sepi..Touching jugak..berjaya buat aku nangis teruk jugak...sampai bergetar jugak ler rahang aku ni menahan sedih..storyline overall aku suka Cinta lagi..tapi Sepi ada part touching giler...

So...part yang aku suka ni mengajar sesuatu kepada semua orang bahawa kalau kita sayang dan cintakan seseorang...tunjuklah pada dia sentiasa..tak perlu selalu kata kita ada banyak masa, nanti dulu, sebab kita sendiri tak tahu berapa lama dia dan kita akan hidup bersama..aduh sedih betul bila aku teringat scene tu...Selalu manusia tak sedar..selalu rasa nanti lah esok lusa pun kita boleh tunaikan hasrat si dia...sampai tak sedar mana tahu sampai satu masa impian dia kita tak dapat tunaikan dan akhirnya hanya penyesalan dan kesepian yang akan merantai diri sendiri..

Thursday, July 3, 2008

Ketika.....


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Aku & Koleksi gelang...

Masa dia balik hari tu..dia hadiahkan aku gelang!!!!Cantik sangat..:)...terima kasih sayang...suka sangat..(nanti aku tempek gelang tu)...sebelum ni dia pernah bagi gelang yang lain..pun aku suka..aku memang suka pakai gelang tapi hobi ni terhenti kejap dulu sebab masa aku kerja opis lama selalu angkat kotak/dokumen..so gelang aku few times gak putus..tapi sekarang ok..selamat:)

Baru2 ni pun akak aku kasi gelang untuk tambahkan koleksi..thank u:)

Kisah manusia dengan duit....

Last tuesday, aku pergi stesyen petronas which is ada mesin ATM lah..nak buat transfer credit kat kakak aku sebab mintak tolong dia bayarkan melalui maybank2u..aku ni pun satu maybank2u tak pernahnya nak ingat id apa ke , kata laluan semua tak ingat sampai banyak kali buat pun lupa...nak jadikan citer apa yang buat aku lalok ntah masa tu lepas aku dah buat transfer then keluar slip bank aku terus blah..YA ALLAH aku tertinggal kat dalam ATM Machine tu!!!....yang lagi nak tambah lalai aku ni esoknya baru aku perasan....then baru aku call bank mintak block..

Pastu aku pergi bank minta kad baru...orang bank tolong cek kat just after 2 minutes aku buat transfer credit tu ada org dah withdraw habis kan duit aku..alhamdullilah aku dah settlekan semua benda besar2 macam keta..then yang tinggal untuk aku servis keta jer dalam dekat2 RM 200 (nasib baik beb)..so selamat ler org tu amik duit aku RM 150..org tu ..for sure org kat belakang aku masa beratur kat ATM tu which is aku tak perasan lansung rupa parasnya..aku biasa ler kadang bukan perasan org..sedangkan kat airport selisih artis 2-3 org aku tak perasan sampai member aku naik heran..

so...inilah membezakan manusia dengan manusia lain..kekuatan iman dalam hati..aku tak kata aku ni kuat iman cuma kalau aku ditempat org belakang tu aku akan kejar dan pulangkan kad tu..same case jadi kat kawan aku..dia jadi org kat belakang, dia citer sepantas kilat dia kejar org yang tertinggal kad dalam machine tu...kalau tak kuat iman dalam hati memang ler rezeki boleh dikatakan depan mata kan...tapi sekuat mana hati nak kata benda itu tidak amanah, tidak halal dalam menjadikan darang daging..

Aku sejak kecik lagi, bapak aku ajar jangan ambik duit org, duit yang kita jumpa walau 1 sen walau 10 sen sekali pun walau besar mana pun lah...benda tu lah yang menjadi aku kuat..aku memang cukup takut walau kekadang 50 sen ker berapa RM ker aku memang takut nak ambik..

Untuk org yang ambik tu, aku memang redha..senang jer aku fikir itu memang dah tertulis agaknya bukan rezeki aku, aku redha ler...tak jadik ler aku servis keta bulan ni...cuma apa yang dia buat tu biarlah antara dia dengan ALLAH...:)