teruskanlah...

Sunday, November 30, 2008

Aku ini....yang bisa menyepi...walaupun yang lain mahu mengerti

Ujian buat aku....

21 November - Hari yang aku sangat nantikan..menunggu kepulangan dia setelah hampir dua bulan tidak bertemu..kali terakhir pertemuan pada hari yang yang lepas....dalam masa seminggu sebelum tarikh ini..mesej2 dari dia sentiasa mendamaikan diri aku..cuma aku perasan dia tak telefon aku melainkan aku yang perlu telefon dia dulu...mesej juga begitu...aku cuma bersabar...itu soalan hendak kuutarakan bila menjemput kepulangan dia nanti..

Bila jam lebih kurang pukul 4 lebih petang, dia call, dia cakap parents dia dah datang nak jemput dia kat airport.ada hal kat sini..hal apa pulak?.aku dah plan nak pergi makan KFC dengan dia dah malam dia sampai tu..nampaknya plan tak menjadi..aku pun pelik kenapa tak cakap awal2....siap suruh aku pergi rumah pakcik dia lagi...mana ler aku tahu jalan

Malam tu dia kata takper, parent dia akan hantar dia ke rumah aku..yeah2...aku bersorak dah...aku dah siap2, berhias cantik2...aku ingat bila dah dah letak beg jer nak tarik dia makan KFC....tapi setelah lebih sejam bersiap dia belum kunjung tiba...tiba2 dia call dia cakap dia belikan lauk di kedai..kami makan ramai2 kat rumah..takperlah aku fikir esok masih ada..walaupun jam dah lebih pukul 10...aku dah lapar sangat..campur kecewa..

Dia call...dia dah sampai...aku tengok dia ada dalam kereta pakcik dia...tersenyum, melambai tangan pada aku dan ajak aku masuk dalam kereta...terkejut aku bila aku masuk dalam kereta melihatkan kakinya yang injured disebelah kanan dan tak boleh digunakan!!!itulah sebenarnya sebab kenapa parents dia nak jempt dia...dah seminggu dia mcm tu...itulah sebabnya dia tak nak kontek aku sangat dalam masa seminggu..dia tak nak aku yang pregnant ni sakit, sedih atau pengsan atau apa pun...hati aku bagai dicarik2...sedih, marah, simpati bercampur2....dia memujuk aku...dia buat mcm tu sebab dia sayang aku..sebab dia tahu aku mcm mana...mudah sedih, menangis...

Kini dah 2 minggu setelah hari kecederaan dia...di sini check up detail telah dibuat..kaki dia takkan pulih mcm dulu lagi...operation akan dilakukan seminggu lebih lagi...setelah operation kestabilan kaki takkan 100% mcm dulu...function kaki hanya untuk kegunaan harian...

Semua ini menguji kekuatan, ketabahan jiwa aku..dan juga fizikal aku...dan juga emosi..aku mengandung 7 bulan...dengan kekuatan emosi dan fizikal yang tidak sekuat mana..aku cuba menempuh semua ini dengan ketabahan yang ada..lepas operation dia akan bercuti 2 bulan..mengingatkan barang bayi yang satu apa pun tak dibeli lagi, kadang kala membuat aku sedih..tangisan yang ada dalam diri sentiasa mengalir..air mata yang menitis keluar mungkin di lihat, di hati tak siapa yang nampak...aku sayang sangat pada dia...kadang2 kala aku sedih jika aku tak mampu jaga dia sebaik yang mungkin..selalu bertanya pada hati aku sudah cukup baikkah aku menjaga dia...

Aku tahu dia pun sedih tengok aku..dia selalu memujuk yang hujung disember tentu dia dah boleh jalan..tentu kami boleh beli barang baby sama2....aku harap juga begitu..lebih besar lagi harapan aku supaya dia dapat temankan aku scan baby untuk next check up...check 22 No vember yang lepas sepatutnya aku bersama dia..itu tujuan diapulang..tapi kita hanya merancang...

Buat dia..aku doakan semoga dia cepat sembuh..kuat dan sihat seperti dulu..semoga cinta kami mekar selamanya...semoga apa pun ujian yang datang mampu aku tempuh..aku tidak sekuat mana..hanya luaran mungkin org melihat aku kuat..tapi dalaman hati aku terlalu sensitif dan lemah..wallahmualam

Saturday, November 15, 2008

Azimat Cinta

Lagu Azimat Cinta ni one of my favourite song....semoga cinta aku dan hubby semakin mekar untuk menjadi Azimat dalam hidup aku....

"Walau rembulan tidak di ribaan, namun cahayanya cukup menerangi bayangan"

Tuesday, November 4, 2008

i'm back

Salam..dah terlalu lama aku tak update blog aku ni..dari aku pregnant trimester pertama sampailah alhamdullilah dah masuk ke trimester kedua...alhamdullilah semuanya selamat..baby sihat , aku sihat....ramai sangat komplen perut aku kecik termasuk hubby aku sendiri...last check up tanya jugak doktor..dia kata baby padat dalam perut, perkembangan baby semua ok...so nothing to worry anymore..

Pergerakan baby dah mula rasa..bila dia bergerak rasa bahagia sangat..bila dia diam tu resah jer..ye lah..dia pun sure ada time tido kan?

6 bulan dah aku pregnant...cian kat diri aku pregnant without my husband by my side...dia dah mintak transfer since kami baru kahwin aritu..sadly..not approve!!..geram dan sedih pun ada..husband dok ingatkan ikhlas dan sabar... ye lah..apa lagi yang aku boleh buat kan?? ikut sedih gak..ada masanya aku nak sangat di layan saat2 tak larat nak beli makan sendiri, nak masak sendiri, nak cari apa yang aku teringin sendiri..kalau dia ada takdelah sedih..bila time2 mcm ni..perasaan aku sebijik sama mcm masa aku kat hostel dulu!!..mcm home sick..sunyi dan sepi pada hal ramai kat sekeliling..mcm lagu DEWA..KOSONG tu!!

Last month, birthday aku...hubby hadiahkan gelang dari seberang laut, perfume and handphone...akhirnya dapat juga aku lepas rindu pada hubby dengan hantar mms...cuma kat tempat dia tu tak leh 3G ..tu yang aku geram sangat..!!!

from my sisters, brothers, father and mum...aku dapat baju pregnant 2,3 helai and handbag...Terima kasih semua...aku suka sangat..

End on this month expecting my husband coming back dan teman aku check up...kalau dia tak balik...aku memang sedih sangat!!