teruskanlah...

Saturday, December 4, 2010

Kenapa Susu Ibu?

Aku baru sedar yang aku ni sesuai jadi penyelidik or cikai oun RA kepada seorang lecturer ler..sebab aku kalau nak tahu satu2 benda tu aku akan baca, cari, kaji, fikir dan bertanya until i'll get the answer....hari ni aku nak cakap kenapa susu ibu baik untuk anak dan ibu...ni more to pengalaman aku sendiri la...dan ada juga dari pembacaan....tapi apa pun pengetahuan dari pengalaman tetap lebih bermakna..Kenapa susu ibu ya?

1. Zat/Khasiat - susu formula mana la boleh lawan susu ibu? dah lah free Allah bagi...kenapa kita tak nak guna? rugikan..lebih2 lagi susu awal ibu..kolostrum....yang berwarna kuning pekat seakan-akan susu pekat manis...itulah yang terbaik untuk antibodi anak kita.
2. Melansingkan ibu/mengecutkan rahim....-siapa tak nak cun? haa...memang la kalau tak menyusu pun kita still leh kuruskan badan..tapi kalau menyusu walaupun kita makan banyak badan agak susah jugak nak naik..rahim pun cepat kecut tau
3. Mengeratkan kasih sayang-Masa kita susukan anak ..sebelah tangan lagi kita belai anak kita...dan ini dapat mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak..aku pernah pergi seminar penyusuan ibu....penceramah ni cakap..kalau dah bagi susu formula tu..sebelah tangan pegang anak, sebelah pegang botol susu mcm mana nak belai anak?
4. Tak payah bawak banyak barang masa nak keluar-Ini memang favourite sebab kenapa aku suka susukan anak..tak payah lah bawak susu , air panas, botol susu..ish malas tul aku bab2 ni...masa mula2 nak kasi adib susu formula...sepenuhnya (adib usia dalam 15 bulan lebih la)..dalam hati aku aiyaa..banyak leceh la nak bawak air panas bagai..kalau tak kan sesang aku selak jer..
5. Boleh menjarangkan anak secara semula jadi-Yang ni kalau menyusu direct lebih sesuai la..sebab kalau pam..kena rajin pam selalu so automatik period tk dtg, kita tak subur...so boleh merancang kehamilan..tapi dari pembacaan aku kalau usia anak 6 bulan ke bawah kejayaan tidak mengandung hampir 100% tapi kalau lebih 6 bulan kena ambil kaedah pencegahan kehamilan yang lain juga...
6. Kebersihan-kalau kita menyusu anak (direct la)....kebersihan lebih terjamin kerana susu ibu tidak perlu distereliaze...
7. Jimat-ni benda terakhir aku terfikir,,ni pun lepas member opis cakap....dia kata untungnya aku bagi susu badan kan anak..sebab dia habis 300-400 untuk susu anak dia sahaja

Jadi kenapa tak nak susukan anak? Allah bagi percuma...lagi kita bagi anak kita minum, lagi bertambah susu kita..ajaib tak?

1 campur 1 =?????

1 + 1 = 1???? GOOD...

1+1 = 2???? WHY??? WHY??