teruskanlah...

Tuesday, March 25, 2008

Saat aku lepaskan dia pergi


Hari ini hari ketiga dia pulang ke perantauan untuk bertugas...pemergian dia kali ini bagai belati yang memukul hati aku..dia pergi kali ini sebagai suamiku..aku ditinggalkan sebagai isteri..

Berat sungguh hati ini lepaskan dia pergi..masa aku salam dan cium tangan dia..fikiran ku terbayang dia usap pipi aku dan cium pipi sambil berpesan jaga diri elok-elok..tapi jauhnya aku berangan..dia hanya diam sahaja..mungkin juga dia sendiri kelu meninggalkan aku di sini..

Waktu dia beratur untuk masuk ke penerbangan..aku hanya tegak berdiri memandang dia, sedang hati memberontak..mengharapkan dia kembali pada aku dan mengucup pipi aku...beberapa kali dia menoleh dan melambai tangan kepadaku..sedang aku tidak bergerak..hanya tegak berdiri dan memandangnya penuh makna..berharap dia datang kepada aku..

Sepanjang perjalanan pulang..aku hanya diam sahaja...ibu di sebelah telah tertidur..hati dan jiwa aku menangis di dalam...aku terlalu sedih...entah berapa lama lagi aku dan dia terpaksa berpisah kali ini..dan bila dia pulang hanya untuk beberapa hari sahaja..hanya beberapa hari yang perlu ku kongsi dengan orang lain..dengan ahli keluarga yang lain...sedihnya...bila di hitung berapa jam sahaja dia betul-betul mutlak 100% dapat bersama aku..berjalan-jalan..makan bersama..aku teringin sangat nak tengok tv di ruang tamu bersama dia..masak di dapur bersama dia..entah bila dia dapat berpindah dan tinggal bersama aku..entah bila...entah bila..itulah setiap hari aku fikirkan...

Aku cemburu bila melihat kawan-kawan aku bila baru lepas kahwin..di hantar suami ke tempat kerja...mendapat ciuman suami setiap pagi sebagai pembakar semangat di tempat kerja..sedang aku..entah bila? hanya itu sahaja ayat yang dapat mengisi ruang fikiran aku...entah bila....

No comments: