teruskanlah...

Tuesday, March 18, 2008

Cinta Kau dan Aku Telah Disatukan


Alhamdullillah..berkat doa, kesabaran dan benih-benih cinta di antara insan bernama aku dan dia, kini kami telah selamat diijabkabulkan. Bagaikan semuanya menjadi satu mimpi dengan sekali lafaz sahaja, aku kini telah menjadi miliknya.Dan dia telah menjadi suami ku. Walau baru beberapa hari menjadi suami isteri, banyak perkara baru yang aku baru tahu tentangnya. Kami bercinta tidaklah terlalu lama, sepanjang perkenalan pula dia jarang bercerita itu ini padaku. Setelah berkahwin aku terasa semakin seronok mcm2 perkara baru yang diceritakan.Membuatkan aku terasa semakin kenal akan dirinya.

Setelah selamat diijabkabul, kami pergi berbulan madu. Malangnya aku diserang demam teruk. Sememangnya aku kalau dah tekena demam memang teruk, kadang kala boleh buat aku sampai pitam. Tapi mungkin Allah sengaja menguji suami aku macam mana dia hendak menjaga aku, sabar dengan aku.Alhamdullilah, dia bersungguh2 menjaga aku sampai tak lena tidur tiap kali aku termuntah, bila aku terjaga malam dia menjaga aku penuh kasih sayang dan kesabaran. Bulan madu ini menjadi kenangan abadi untuk aku dan dia. Meski ada aktiviti yang tak dapat kami sertai disebabkan masalah kesihatan aku, aku amat berpuas hati dengan bulan madu ini. Saya sayang abang sangat. Waktu aku tulis blog ini, dia tiada disisi, dia berada di kampung kerana ada urusan lain. Aku rindu sangat padanya saat ini.

Benarlah kata orang..semua orang akan jumpa 'soulmate' nya satu hari nanti, cuma entah bila sahaja kita tidak tahu. Setiap sesuatu yang Allah duga pada kita mungkin ada hikmahnya. Aku sebelum ini bekerja di sebuah syarikat kecil, payah sangat nak dapat kerja lain. Bayangkan 4 tahun aku menunggu, tiada kerja yang sangkut. Satu hari, insan bernama dia melapor diri di syarikat aku bekerja. Kami mulai jatuh cinta. Setelah beberapa bulan menjalin cinta, akhirnya aku menerima tawaran di tempat yang lebih baik begitu juga dia. Mungkin selama ini penantian aku di tempat kerja yang lama adalah untuk dipertemukan dengan dia. Alhamdullilah cinta kami kuat dan membawa ke jinjang pelamin. Doaku supaya cinta kami terus mekar dan tidak akan di mamah usia. Insyaallah tiada yang mustahil di dunia ini. Amin..........

Love U Sayang....

No comments: